Maklumat Koperasi




PENGENALAN KOPERASI NUR GEMILANG KUALA LUMPUR BERHAD

Koperasi Nur Gemilang Kuala Lumpur Berhad merupakan salah sebuah koperasi di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dibawah subseksyen7(1) Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Koperasi ini didaftarkan dengan rasminya  pada 02hb Julai 2011 sebagai Koperasi Asas dengan liabiliti terhad. Ditandatangani dan dimeteraikan pada 10hb Ogos 2011 dengan nombor pendaftaran : W-4-0729 .  (Rujukan : SKM.IP(PEND)W-672/(1) )



KELEBIHAN MENJADI AHLI KOPERASI NURGEMILANG KUALA LUMPUR BERHAD
> Anda akan mendapat dividen tahunan sekiranya anda pemegang saham koperasi.
> Anda mendapat harga barangan yang lebih murah.
> Anda dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi anda dan semua ahli.
> Anda akan mendapat lebih ramai kenalan untuk berkongsi pandangan .
> Anda dapat membantu para peniaga kecil memasarkan produk mereka. 

ViSI DAN MISI KOPERASI NUR GEMILANG KUALA LUMPUR BERHAD
> Menjadi Koperasi Antara Yang Terbaik di Kuala Lumpur.
> Memberi potongan harga barangan kepada Ahli KNG (Kedai KNG/Cawangan)
> Memberi Dividen Tahunan (Bergantung pada Syer yang dilaburkan)
> Memberi Rawatan Terapi Elekstrostatik PERCUMA. (Ahli yang hadir ke HQ KNG (30 Minit)
> Membimbing Ahli KNG untuk memiliki Perniagaan Sendiri. (Membuka Cawangan KNG di kawasan anda- Pengubahsuaian kedai akan dijalankan oleh MAI Aneka Trading)
> Tabung Khairat Kematian. (KNG akan menabung RM1.00 dari elaun yang di terima). 

OBJEKTIF KOPERASI NUR GEMILANG KUALA LUMPUR BERHAD
> Tahun Pertama sasar 1000 Anggota
> Tahun Kedua buka lebih banyak Cawangan Kedai Koperasi Nur Gemilang. 

OBJEKTIF PROGRAM
> Membudayakan masyarakat kepada budaya berniaga khususnya ahli-ahli bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dalam dunia perniagaan.

> Menjana pendapatan kepada ahli KNG melalui program latihan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan serta membantu mereka membuka kedai koperasi dan memasarkan produk mereka.

> Membantu dan membimbing ahli KNG yang bersedia untuk menceburi bidang perniagaan melalui latihan dan kursus dengan kerjasama di bawah program-program yang disediakan oleh Kementerian atau Agensi Kerajaan.

> Menyediakan skim bantuan Pendidikan kepada ahli KNG.
> Meringankan beban kepada ahli untuk membayar yuran Koperasi, dan seterusnya membeli saham koperasi.

> Dapat membantu pihak berwajib dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan para graduan dan golongan belia serta membantu menyelesaikan segala hutang yang terbengkalai seperti PTPTN, Hutang Kad Kredit dan sebagainya.

KAEDAH PROGRAM
> Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti (Pembangunan Masyarakat khususnya Anggota-anggota Koperasi).

> Jumlah penglibatan individu dan Masyarakat Awam dalam KNG.
> Teras program ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh anggota KNG.

> Tumpuan utama pelaksanaan program Latihan ini adalah untuk menjana ekonomi anggota-anggota KNG serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap bertanggungjawab dalam perniagaan.


Carta Organisasi KNG


Kedai Koperasi KNG